Pages

Wednesday 22 April 2015

Tips Interview IPG

Hi dan salam semua. 

Dah lama kot aku tak menulis kat blog ni. Busy dengan assignments yang berlambak-lambak. Hmm.

So amacam? Dapat dok interview IPG? 
Tahniah sebab dapat panggilan temuduga IPG. Bukan senang dik oi nak dapat benda macam ni. Dapat temuduga ni pun kira bertuah dah. So, aku nak share sikit, tips untuk temuduga ni. Ini berdasarkan pengalaman aku la.





TIPS!


1. Pastikan dokumen yang diperlukan tersusun 

Semasa temuduga tu nanti, pihak penemuduga akan minta sijil, gambar, salinan kad pengenalan, dan benda alah lain. So, pastikan semua dokumen tu disusun ye, susun dalam fail 'clear folder' yang ada poket-poket plastik tu. Senang diaorang nak tengok sijil-sijil dalam fail tu tambah-tambah lagi kalau korang yang banyak sijil tu. Bawa sijil yang original ye!


2. Dokumen perlu disahkan!

Ini yang paling penting, jangan lupa bawak salinan sijil sekali tau! But, make sure yang sijil-sijl korang tu dah disahkan terlebih dahulu oleh ketua kampung, pengetua, guru besar dan lain-lain yang sesuai ye. 


3. Study

Jangan lupa study tau, mana lah tahu kalau penemuduga tu tanya something pasal option yang korang pilih. Tak ke naya kalau korang tak tahu apa-apa. Be prepare la. Rajin-rajin la tanya abang-abang or kakak-kakak yang study kat IPG tu (macam aku) hehee. 

Baca je pasal falsafah pendidikan kebangsaan (FPK), PPPM atau apa-apa yang berkaitan ye. Tak sure kalau diaorang tanya benda tu. Masa aku temuduga dulu, penemuduga tak tanya pun pasal benda tu. Bergantung dengan penemuduga jugak. Buat penat aku je study hahaha. 


4. Pakaian

Kalau korang nak penemuduga tu tertarik dengan korang, first impression tu sangatlah penting. Pakai pakaian formal ye adik-adik semua. Pakai pakaian yang melambangkan ciri-ciri seorang guru, gitu. Jangan lupa pakai tanda nama tau, penting ni. Ni benda wajib bila temuduga!



(lelaki kena pakai neck tie tau)



Warning! 
Jangan pakai selipar! Perempuan tak boleh pakai high heels yang tak bertutup kat depan tu. Aku sarankan kalau boleh pakaian kasut yang warna hitam. Most important, jangan pakai pakaian yang selekeh, awal-awal lagi kau dah kena reject oi. 


(contoh kasut wanita yang bertutup di depan)


5. Ramah

Masa tengah tunggu turn untuk temuduga tu, sembang-sembang dengan kawan-kawan lain. Mana tahu dapat ilmu baru ke. Sembang dengan kawan yang se'group' masa temuduga, nanti masa at bilik temuduga tu taklah janggal sangat dengan diaorang. Ye dok? 

Jangan lupa minta no. telefon diaorang sekali, kot-kot lepas ni " kau dapat IPG tak? ". Untung nasib boleh jadik classmate. Hehehe. Classmates aku, Elvina, Hafiz and Cyril sama-sama temuduga kat IPGK Keningau. Tiga-tiga dapat dan diaorang sekelas sekarang. 


6. Jawab jangan tak jawab.

Nanti masa temuduga tu, akan ada dua sesi iaitu individu + kumpulan and individu. First, secara individu + kumpulan then baru individu

Pembetulan!
Soalan untuk individu ni bergantung kepada penemuduga, tak semestinya penemuduga akan tanya soalan lagi kat korang. Selalunya, diaorang akan tanya soalan dalam sesi individu+kumpulan je.

Yang temuduga secara individu + kumpulan tu, penemuduga akan tayangkan satu video. Masa aku haritu, penemuduga tayangkan pasal video Nick Vujicic. Then, penemuduga tu tanya kitaorang seorang-seorang, " Apa nilai yang kamu dapat selepas menonton video ni? ". Maka, bermulalah sesi temuduga kami. Lepastu, dia bagi soalan lagi. Aku tak ingat soalan tu, tapi soalan ni memerlukan kami berkongsi pendapat dalam berkumpulan la. 

Nasihat aku, bila penemuduga tu tanya soalan, jangan pulak lambat respon. Masa aku temuduga dulu, ada sorang tak dapat jawab. Dia nak jawab sebenarnya, tapi dah tak sempat bagi jawapan sebab penemuduga tu dah suruh orang lain pulak. Siapa suruh lambat cakap, penat kot tunggu dia, asyik "errrr, ahhh " je. Sebab soalan tu dalam English and memerlukan kami untuk cakap dalam bahasa Inggeris. 

Penemuduga tu tanya, " Why do you want to become a teacher? "
Maka, aku pun bercakap dalam English. Tak tau la pulak kalau betul english aku masa tu. Hentam je, asalkan cakap dalam bahasa Inggeris. Hahaha.

Me: " Err, I wanna become a teacher because bla bla bla bla ".
Grammar tunggang-langgang, hahha ambik kau!


7. Pandai curi peluang

Masa group discussion tu nanti, pandai-pandailah korang ambik peluang untuk beri jawapan atau bagi pendapat okay. But, make sure kalau nak bagi pendapat tu kena berhemah la. Kalau korang tak tau nak cakap apa pun, cakap je " Ya, saya setuju dengan si polan. Saya berpendapat bahawa bla bla bla ". 

Kalau nak mencelah pun kena la tahu adab, " Maafkan saya, izinkan saya mencelah. Saya berpendapat bahawa bla bla bla ". Attitude kena jaga sebab penemuduga tu akan nilai korang punya attitude masa temuduga tu nanti. Ada faham?


8. Suara

Kalau korang bercakap tu, kena control suara ye. Jangan pulak ter'over' masa bercakap. Pastikan suara korang lantang dan jelas, Maksudnya, kalau cakap tu biarlah boleh dengar. Camna murid nak dengar kalau bercakap pun macam orang tengah berbisik, ye dok?


9. Emosi

Jangan gelabah ye masa temuduga tu. Kawal emosi tu. Jawab dengan tenang, kalau boleh biar penemuduga tu anggap yang kita dah tahu apa kita cakap. Bila bercakap tu jangan lupa pandang wajah penemuduga tu. Pastu sebelum duduk, minta izin dengan penemuduga tu dulu. Jangan duduk selagi penemuduga tu tak pelawa korang duduk. Jangan macam korang pulak yang temuduga penemuduga tu hehehe. 


10. Tawakal

Last sekali, tawakal je dalam hati. Setelah semuanya selesai, kita serahkan segalanya pada Allah SWT. Kalau rezeki kita kat IPG, syukur Alhamdullilah. Kalau tak dapat, next year still boleh apply lagi. Jangan putus asa, roommate aku tiga kali memohon IPG and percubaan kali ketiga baru sangkut. Paling penting, jangan mengharap sangat, nanti frust je dik oi kalau tak dapat. Hehehee. 

So, good luck!

PS: Thanks bapa sebab temankan aku gi interview kat IPGK Keningau. Dengan support dari bapa dan mak tu lah aku berjaya menjejakkan kaki di IPG ulul albab ni. Hehehe.

TQ. Jangan segan-segan nak tanya tau! Comment je kat post ni. In Shaa Allah, aku akan balas secepat yang mungkin (tu pun kalau aku tak busy la). 

Friday 27 March 2015

Baju Tradisional Kaum Irranun

Hi semua,

Rasanya dah lama kan aku tak buat post kat blog. So, hari ni aku nak kongsikan pasal baju tradisional kaum Irranun. Sebenarnya dah lama teringin nak pakai baju tradisional kaum Irranun ni, tapi tak ada rezeki sebab baju ni kalau nak sewa mahal dan selalu dipakai semasa hari perkahwinan je. Hmmm. Tunggulah aku kahwin dulu baru dapat rasa pakai baju ni. Hehehe :P

Kaum lelaki dan kaum wanita menggayakan pakaian tradsional yang diperbuat daripada kain tenunan atau kain 'mogah'. Baju perempuan seakan-akan baju kurung kedah manakala baju lelaki pula seakan-akan baju melayu cekak musang. Lelaki memakai 'tubau' atau 'tanjak' manakala perempuan pula memakai 'senisip' di kepala, disamping memakai 'siambitan' atau kain samping pada pakaiannya. 



Pakaian tradisional suku kaum Irranun Kota Belud



Contoh kain Mogah

Aku nak sangat pakai baju ni, harap-harap ada yang sudi pinjamkan aku. Pinjam sekejap je, nak ambik gambar lepastu pulangkanlah balik baju tu. Kalaulah dapat pinjam, confirm dah ber'selfie' sakan dengan baju tu. Hehehe. 


Baju tradisional kaum Irranun bagi lelaki

Haaaaa, gambar ni aku ambik kat Facebook. Tak kenal pun dua orang ni. Hehhe.
Okay, tangan dah penat menaip. Nak sambung buat assignment dulu. Bye ^^


Thursday 19 March 2015

Pengalaman Mendaki Bukit Keluang, Besut.

Hi semua!

Fuhhh. Rasa sangat penat hari ni sebab aku dan kawan sekelas mendaki Gunung Kinabalu. Ehhh, bukan! Sebenarnya kami mendaki "Bukit Keluang". Saja nak mention nama Gunung Kinabalu sebab aku berasal dari Sabah. Hehehe.

Berbalik kepada cerita daki mendaki aku, kami berlima yang tak balik rumah masa holiday ni plan daki Bukit Keluang. Kami sebenarnya dah rancang benda ni dari cuti yang lalu lagi. Dah rancang elok-elok tapi tak jadi pulak! Haihhh. Dan akhirnyaaa, plan yang selalu cancel tu terlaksana juga. Alhamdullillah.

Bukit Keluang ni terletak di Besut, Terengganu. Dekat je dengan IPG kami iaitu IPGK Sultan Mizan. Kalau jalan dari IPG ke Bukit Keluang ambik masa yang agak lama juga la. Dalam masa 20 minit begitu (lama ke?). Tapi disebabkan kami berlima ni guna motor, sekejap je dah sampai Bukit Keluang. 

Sebenarnya, ini kali kedua aku mendaki bukit. Pertama kali aku mendaki Bukit Keluang semasa minggu orientasi, tahun lalu. Tak dapat bayangkan macamana aku yang bertubuh gempal ni boleh mendaki bukit sampai ke puncak. Itu pun sebenarnya sebab ramai kawan se-batch. Malulah kalau aku tak nak mendaki pula kan. Hehehe.

Kami gerak dari IPG dalam pukul 6.10 petang. Sebenarnya mendaki Bukit Keluang ni tak lah makan masa yang lama. Tapi disebabkan aku yang selalu berhenti-henti, lenguh kaki mendaki bukit. Baru sekejap je mendaki, aku dah tak larat. Haus semacam dan hampir-hampir pitam. Mungkin tak cukup oksigen (mungkin).




(Sebelum Mendaki)

Ini dia Hafiz. Hafiz ni lah yang orang yang terakhir sampai ke puncak tadi. Bukan sebab dia tak mampu daki. Bukan! Dia orang terakhir sampai sebab dia tolong awasi kami dari belakang. Mungkin sebab dia anak sulung, sebab itu sifat tanggungjawab tu terserlah bila bab-bab camni. Kesian kat dia sebab dia sabar je tunggu saya yang asyik-asyik nak berhenti sebab tak larat daki bukit ni. Hehee. Terima kasih Hafiz sebab tolong jaga kami masa daki bukit tadi.


(Hafiz - Gambar Kabur)

Okay, sebenarnya aku dah hampir berputus asa dan tak nak mendaki lagi. Tapi nasib baik ada roommate yang baik camni. Kalau takda Affnan, dah lama aku turun sebab tak larat nak daki tadi. Affnan ni la yang bagi kata-kata semangat dah tolong aku masa mendaki tadi. Terima kasih Affnan, jasamu tidak saya lupakan -,-

Akhirnya, kami sampai juga ke puncak lebih kurang jam 6.50 petang. Semua pun keluarkan handphone masing-masing dan acara ber'selfie' pun dimulakan. Mereka berempat je yang ber'selfie', macam-macam posing keluar. Hahaha, aku? Dah terbaring atas tanah sebab tak larat nak berselfie. Penat yang teramat sampaikan nak berdiri pun payah. So, terbaring je atas tanah. Dah tak peduli habu dan debu tanah masa tu, sebab nak rehat untuk kumpul tenaga balik (hehehe). Ini checkpoint yang pertama.


(Affnan pun memulakan aksi ber'selfie')



Checkpoint ketiga atau yang terakhir. Tak tahu pulak ada pondok kat checkpoint ni. Sebab masa pergi haritu, aku dan batch saya sampai checkpoint kedua saja lepastu balik turun bukit sebab masa sebab kami kena balik ke IPG untuk aktiviti seterusnya. Masa kat checkpoint yang terakhir ni baru nak ambik gambar bagai. Rugi pulak bila dah mendaki bukit Keluang tapi tak nak ambik gambar jadi kenangan. Tak gitu?



Kami sampai ke bawah bukit dalam jam 7.30 petang. Syukur Alhamdullillah sebab sepanjang pendakian kami ini takda berlaku apa-apa yang kurang baik. Masing-masing pun dah tahu peraturan masuk hutan. Bila masuk hutan ni, mulut kena jaga. Kalau nampak sesuatu jangan tegur. Faham kan? 

Disini saya senaraikan adab-adab yang patut kamu patuhi bila mendaki gunung atau bukit:

1. Jangan bercakap besar, celupar atau cakap perkara yang tak senonoh. Kata orang Sabah. jangan "Tembirang". Hehehe.

2. Jangan ketawa melalak macam orang kena sawan. Kena control ketawa okay.

3. Jangan bermain dengan kawan semasa mendaki. Jangan bergurau senda semasa mendaki.

4. Jangan buang sampah merata-rata, simpan sampah korang dalam beg dahulu, Bila jumpa tong sampah baru buang ye.

5. Jangan berehat terlalu lama semasa mendaki, paling lama kamu berehat tak lebih dari lima minit. Kalau lama berehat nanti akan menyebabkan kekejangan otot.

6. Jangan jalan berjauhan dengan kawan-kawan atau berkumpulan. Sentiasa bergerak bersama kawan dan kumpulan.

7. Paling penting! Sentiasa ikut nasihat dari yang pakar atau berpengalaman. Terutama guide yang tunjuk arah semasa mendaki. Mereka lebih berpengalaman dan tahu selok-belok. Nasihat dan teguran mereka sangat penting!

Selamat Mendaki!

Tuesday 17 March 2015

Ujian Bertulis dan Ujian Kecergasan Calon Guru (UKCG)

Assalammualaikum dan selamat subuh semua. Pada entri kali ini, aku akan berkongsi mengenai pengalaman aku mengikuti Ujian Kelayakan Calon Guru (UCKG) dan Ujian Bertulis (Soalan Objektif) bagi calon guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia di IPG Kampus Kent, Tuaran Sabah. 

Rasanya ramai yang tertanya-tanya mengenai UKCG dan Ujian Bertulis ni? Mesti banyak persoalan yang bermain di minda adik, kawan, abang dan kakak sekalian kan. "Eh apa ni?", "Susah ke ni?.

Ujian Bertulis dan UKCG ni dijalankan pada hari yang sama. Ujian Bertulis dulu barulah UKCG ni ye! Jom bacaaa!

Ujian Bertulis

Baiklah, ujian ni sebenarnya tak susah sangat pun. Soalan menjurus kepada soalan untuk menguji inventori sahsiah guru yang merangkumi kejujuran, tanggungjawab, ikhlas, amanah dan sifat-sifat terpuji yang harus ada pada seorang guru. Soalan tu sebenarnya KBKK atau menguji minda je. Takde pun soalan matematik, soalan sains atau entah apa-apa. Semuanya soalan ikut logik akal. Soalan dalam ujian bertulis ni sebenarnya untuk menguji personaliti anda semua ye sama ada anda-anda semua ni layak menjadi seorang guru atau tak. Kita kena fikir baik-baik lah, sebab masa yang diberi tak sampai sejam pun. Soalan ada dua bahagian, bahagian  A dan bahagian B. Lebih kurang 45 minit and kena jawab dalam 100 lebih soalan (tak ingat).

Tips:
Dapat je soalan, terus baca dan kalau dah ada jawapan terus hitamkan jawapan pada kertas OMR. 

Contoh soalan macam ni: 
1. Adakah anda berminat menjadi seorang guru 

A. Ya     B. Tidak

2. Adakah anda sukakan kanak-kanak 

A. Ya     B. Tidak 

3. Saya suka mengajar kerana saya suka kanak-kanak

A. Ya     B. Tidak

4. Adakah lebih baik mengambil risiko sendiri daripada orang lain membantu?

A. Wajar     B. Tidak Wajar

5. Selepas dimarahi oleh ibunya, Susan melepaskan marahnya pada adiknya.

A. Wajar     B. Tidak Wajar

6. Murid yang menunjukkan tingkah laku anti sosial ialah murid yang ___________.

A. Konsep nendiri negatif
B. Sifat agresif kerana pengaruh alam sekitar


Ujian Kecergasan Calon Guru (UKCG)

Jujur, ni memang rasa payah. Susah kot bagi aku yang jarang exercise ni. Heheh. Nak uji stamina bakal-bakal guru. Tapi, Alhamdulillah lepas gak walaupun dapat markah rendah untuk ujian BMI dan Bleep Test. Hahaha

Ada lima ujian kecergasan:
1. Klias sisi
2. BMI test
3. Bangun tubi bervariasi
4. Lompat kuadran
5. Bleep test

Klias sisi
Bagi aku, ni ujian yang paling mudah. Kena buat laju-laju ye sebab kena sampai markah yang ditetapkan. 



BMI test (Body Mass Index)
Suatu langkah yang digunakan untuk menilai tahap kegemukan seseorang dengan mengukur ketinggian dan berat individu tersebut. Melalui BMI, seseorang individu dapat menentukan dirinya mengalami masalah  kegemukan ataupun tidak (macam saya).




Bangun tubi bervariasi 
Ada lima variasi. Kalau dah selalu buat memang senang je. Orang kurus senang nak buat sebab takda lemak. Phewww!



Lompat kuadran
Ujian ni untuk menentukan ketangkasan seseorang individu. Penat lompat je. 



Bleep test
Bagi aku, ni ujian yang palingggggg susah. Beep test ialah test yang meliputi berlari terus menerus di antara dua garis yang berjarak 20 meter selama terdengar bunyi beep yang sudah dirakam sebelumnya. Kena lari laju-laju. Kalau jarang exercise memang cepat semput. Hehehe


Semoga Berjaya semua bakal-bakal guru sekalian!





Sunday 15 March 2015

Tentang Diri Ini

Baiklah, pada entri kali ni aku akan menulis mengenai serba sedikit pasal diri aku.

Yayy, aku merupakan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Kat Besut atau nama glamornya Boston (fefeeling study oversea). Opsyen Sejarah dan kini berada di semester 2 PPISMP. Sebelum aku masuk di IPG ni, aku study di UNIMAS dan study foundation in life science (sains hayat). Tak lama study kat sana, sekejap je dalam dua minggu kot. Dapat je IPG terus blahhhh dari uni. Hahaa. But seriously, rindu kawan-kawan di unimas. Kamek rindu kitak. 





(BFF - Najwan and Ajmal)



(Kenangan di UNIMAS, SARAWAK)

Aku berketurunan Irranun. Tapi aku bukan pure Irranun ye sebab aku ada campuran Bajau, Dusun, Brunei dan Suluk. Bapa keturunan Irranun dan Suluk. Mak pulak Bajau, Dusun dan Brunei. 

Nenek aku (sebelah mak) adalah seorang penganut agama Pagan. Agama pagan ni tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Then, she converted into muslim. Tapi  tak semua adik-beradik nenek aku masuk Islam, ada yang menganut agama Kristian. Tak tahu banyak pasal adik-beradik nenek, tahu pun sebab mak selalu cerita. Tapi yang bestnya, adik-beradik nenek ni semuanya penyayang (mak kata) even diaorang non-muslim. And selalunya bila ada majlis kat rumah especially majlis perkahwinan ramai je saudara-mara mak yang non-muslim gi datang rumah. Hoho, paling tak bestnya bila diaorang dah start cakap bahasa Dusun and I was like omg. Aku faham apa diaorang cakap tapi nak cakap bahasa Dusun memang tak pandai laa. Bolehlah tapi not-so-fluent. Au karati no oku mimboros dusun. 

Okay pasal bapa pulak. Hehehehe (banyak pulak saya cerita diri saya  ni). Bapa aku adalah keturunan DATU. Dalam bangsa Irranun, kalau ikut hierarki, Sultan adalah terletak pada kedudukan tertinggi dalam susunan hieraki. Lepastu, keturunan Datu atau Shariff dan kedudukan dibawah adalah rakyat biasa. Sepatutnya Datu Muhd Aminuddin Bin Asmad, tapi bapa taknak letak Datu sebab bapa kata tu hanya keturunan saja. Kadang-kadang rasa janggal gak bila nenek-nenek kat kampung selalu panggil aku datu. Hehehe. Kalau dah keturunan Datu memang banyak adat. Contohnya, dalam majlis perkahwinan seseorang berketurunan Datu tu, kalau yang lelaki kahwin kena pasang bendera warna hijau yang bercorak kuda (benda ni tak wajib pun). Kalau nak ceritakan pasal keturunan Datu dan adat segala ni memang panjang In Shaa Allah, aku akan buat post lain pasal DATU ni. Nantikannnnnn!


(my sis's wedding)

Hmm, penat dah aku taip. Esok aku buat post baru lagi yaaa. Bye!

Saturday 14 March 2015

Alkisah Sebuah Cerita

Alkisah sebuah cerita,

Bila buka je permohonan IPG dulu. Bingung sebab taktau nak pilih opsyen apa masa tu. Lepastu, pilih opsyen Tesl and Sejarah pada mulanya. Itu masa sebelum result SPM keluar. 


Bila dah tahu result je, terus ubah fikiran tukar pilih opsyen Science. Taknak ambik opsyen Tesl sebab result English tak sampai target. English masa percubaan SPM dapat score, tup tup masa SPM bikin HAHAHA. 


Okay, tunggu punya tunggu akhirnyaaaa Sejarah la jugak dapat walaupun pada asalnya nak jadi Cikgu BI. Sebenarnya, letak je Science tu as second choice. Takda hati nak belajar Science dah, penat ehh belajar biologi, kimia and fizik. Kat sekolah dulu pun, biologi je yang masuk kat kepala. Kimia dan Fizik pun best tapi ____. Hehehe.






*Bila guru pelatih opsyen sejarah berwefie*

So, bila dah dapat opsyen Sejarah. Ingat senang je, sekali phewww. Hafal gila-gila semua yang dalam buku rujukan. Yang keluar masa exam sem 1 haritu lain-lain. Nasib baik ada laa juga yang dihafal tu keluar. Kalau tak, faham-faham je laa. 

Adik-adik yang mohon opsyen Sejarah, Bersedia untuk honeymoon masa sem 1 PPISMP ye. Bila dah naik semester 2 PPISMP makin sibuk makin tak terbuat assignment segala. Tak senang option sejarah ni. Kena sadokan hati juga, Tak sabar tunggu junior. Hahaha *Evil Laugh*. Okay bye.

Tuesday 10 March 2015

Welcome To My Blog

Assalammualaikum and hi semua. Finally, blog ni dapat disiapkan juga. Sebenarnya dah lama terfikir untuk buat blog. Tapi, disebabkan kekangan masa *chewahhh* hasrat untuk blog tertangguh tertangguh dan asyik tertangguh saja. Hehehe. And, bila my sisters always cerita pasal blog dia, terus tertarik untuk buat blog sendiri. So, tertubuhlah atau terbinalah datuamin.blogspot.com. Banyak lagi perlu belajar ni, mahu ubah tu ubah ni. Semua pun belajar daripada pakcik google. Terima kasih pakcik GOOGLE! Oh lupa, aku belajar dari makcik YouTube juga, Belajar dari YouTube best cuma kena fokus laa apa dia terangkan dalam video itu. Baiklah, kalau aku rajin aku post lagi ya!


Salam.