Pages

Tuesday, 17 March 2015

Ujian Bertulis dan Ujian Kecergasan Calon Guru (UKCG)

Assalammualaikum dan selamat subuh semua. Pada entri kali ini, aku akan berkongsi mengenai pengalaman aku mengikuti Ujian Kelayakan Calon Guru (UCKG) dan Ujian Bertulis (Soalan Objektif) bagi calon guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia di IPG Kampus Kent, Tuaran Sabah. 

Rasanya ramai yang tertanya-tanya mengenai UKCG dan Ujian Bertulis ni? Mesti banyak persoalan yang bermain di minda adik, kawan, abang dan kakak sekalian kan. "Eh apa ni?", "Susah ke ni?.

Ujian Bertulis dan UKCG ni dijalankan pada hari yang sama. Ujian Bertulis dulu barulah UKCG ni ye! Jom bacaaa!

Ujian Bertulis

Baiklah, ujian ni sebenarnya tak susah sangat pun. Soalan menjurus kepada soalan untuk menguji inventori sahsiah guru yang merangkumi kejujuran, tanggungjawab, ikhlas, amanah dan sifat-sifat terpuji yang harus ada pada seorang guru. Soalan tu sebenarnya KBKK atau menguji minda je. Takde pun soalan matematik, soalan sains atau entah apa-apa. Semuanya soalan ikut logik akal. Soalan dalam ujian bertulis ni sebenarnya untuk menguji personaliti anda semua ye sama ada anda-anda semua ni layak menjadi seorang guru atau tak. Kita kena fikir baik-baik lah, sebab masa yang diberi tak sampai sejam pun. Soalan ada dua bahagian, bahagian  A dan bahagian B. Lebih kurang 45 minit and kena jawab dalam 100 lebih soalan (tak ingat).

Tips:
Dapat je soalan, terus baca dan kalau dah ada jawapan terus hitamkan jawapan pada kertas OMR. 

Contoh soalan macam ni: 
1. Adakah anda berminat menjadi seorang guru 

A. Ya     B. Tidak

2. Adakah anda sukakan kanak-kanak 

A. Ya     B. Tidak 

3. Saya suka mengajar kerana saya suka kanak-kanak

A. Ya     B. Tidak

4. Adakah lebih baik mengambil risiko sendiri daripada orang lain membantu?

A. Wajar     B. Tidak Wajar

5. Selepas dimarahi oleh ibunya, Susan melepaskan marahnya pada adiknya.

A. Wajar     B. Tidak Wajar

6. Murid yang menunjukkan tingkah laku anti sosial ialah murid yang ___________.

A. Konsep nendiri negatif
B. Sifat agresif kerana pengaruh alam sekitar


Ujian Kecergasan Calon Guru (UKCG)

Jujur, ni memang rasa payah. Susah kot bagi aku yang jarang exercise ni. Heheh. Nak uji stamina bakal-bakal guru. Tapi, Alhamdulillah lepas gak walaupun dapat markah rendah untuk ujian BMI dan Bleep Test. Hahaha

Ada lima ujian kecergasan:
1. Klias sisi
2. BMI test
3. Bangun tubi bervariasi
4. Lompat kuadran
5. Bleep test

Klias sisi
Bagi aku, ni ujian yang paling mudah. Kena buat laju-laju ye sebab kena sampai markah yang ditetapkan. 



BMI test (Body Mass Index)
Suatu langkah yang digunakan untuk menilai tahap kegemukan seseorang dengan mengukur ketinggian dan berat individu tersebut. Melalui BMI, seseorang individu dapat menentukan dirinya mengalami masalah  kegemukan ataupun tidak (macam saya).




Bangun tubi bervariasi 
Ada lima variasi. Kalau dah selalu buat memang senang je. Orang kurus senang nak buat sebab takda lemak. Phewww!



Lompat kuadran
Ujian ni untuk menentukan ketangkasan seseorang individu. Penat lompat je. 



Bleep test
Bagi aku, ni ujian yang palingggggg susah. Beep test ialah test yang meliputi berlari terus menerus di antara dua garis yang berjarak 20 meter selama terdengar bunyi beep yang sudah dirakam sebelumnya. Kena lari laju-laju. Kalau jarang exercise memang cepat semput. Hehehe


Semoga Berjaya semua bakal-bakal guru sekalian!





20 comments:

  1. Tahniah!! Info yang sangat berguna untuk adik-adik yang terpilih untuk menjalani ujian tersebut dan berminat untuk menjadi guru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. In shaa Allah, lebih byk info yang berguna saya akan kongsikan dalam blog saya ini :D

      Delete
  2. Assalamualaikum. Saya baru je dpt tawaran untuk ujian ipg. nak tanya soalan sikit ?
    1) sesi ujian start pukul 8 am, lepas tu ujian kecergasan pulak start pukul 2.30 pm. Kalau dah habis ambil ujian bertulis, kena tunggu kat sana sampai sesi ujian kecergasan ke? Atau boleh balik rumah kejap?
    2) kena pakai baju sukan semua tu dari rumah ke?
    3) tak ada interview ke?

    sorry tanya banyak soalan .

    ReplyDelete
  3. Walaikummusalam. btw, tahniah sebab melepasi syarat kemasukan ke IPG. Tak senang sebenarnya masuk IPG ni sebab banyak saringan atau tapisan yang dibuat. So, kalau dah dapat ukcg ni kena buat yang terbaik supaya dapat ke peringkat seterusnya pulak, interview. hihi ^^

    1. Boleh je kalau nak balik rumah. Tapi, lebih bagus kalau tunggu kat sana smpai jam 2.30 ptg. Takut-takut kalau ada perubahan berlaku.

    2. Yup. kena pakai baju sukan warna putih dan seluar track hitam dari rumah. Masa ujian bertulis tu kena pakai baju sukan jugak.

    3. Tak ada. Interview tu kalau awak berjaya melepasi saringan ukcg dan ujian bertulis.

    ps: Takpa, tanya je, Jangan lupa share pasal entri ni pada kawan-kawan awak yang dapat ukcg ye. Thanks.
    Good luck ^^

    ReplyDelete
  4. utk ujian bertulis macamana pakaiannya utk perempuan???

    ReplyDelete
  5. salam , bleep test kena lari dipadang ke ?

    ReplyDelete
  6. Untuk ujian bertulis, pakaian adalah t-shirt putih

    ReplyDelete
  7. Walaikummusalam. Tak, yang tu buat dalam dewan jugak

    ReplyDelete
  8. Salam, yg bleep test tu buat sorang2 ke ramai2?

    ReplyDelete
  9. Walaikummusalam. Tak. Bleep test tu ramai2. Dalam 10 orang camtu berlari serentak

    ReplyDelete
  10. calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal ini yang diterangkan dalam panduan UKCG.Tapi dalam blog yang awak komen ni kata x de..Sebenarnya ada ke x de?
    Sok saya ada ujian bertulis..Mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  11. Maaf. Mungkin format tahun ni dah berubah. Ni format ujian bertulis untuk tahun lalu.

    ReplyDelete
  12. esok saya akan amik ukcg and ujian bertulis ni doakan saya..bleep test tu kena lari sampai beep tu dah habis bunyi ke?

    ReplyDelete
  13. esok saya akan amik ukcg and ujian bertulis ni doakan saya..bleep test tu kena lari sampai beep tu dah habis bunyi ke?

    ReplyDelete
  14. Nadiah: Okay. Good luck. Semoga dipermudahkan-Nya. Yup :D

    ReplyDelete
  15. Walaikummusalam. ya, kena pakai baju sukan mas ujian bertulis. Sbb ujian bertulis dn UKCG kan pada hari yg sama. Tak tau pulak sbb soalan kami last year tak camtu.

    ReplyDelete
  16. Tahun ni perempuan pakai t shirt hitam kan?

    ReplyDelete
  17. Terima kasih infonya . Doakan sy 10 April 2017 .

    ReplyDelete
  18. thank you untuk info..doakan saya 11 april nim..nk tnya..ujian fizikal ade tak org yg jnis bdn gempal or gemuk lps???

    ReplyDelete
  19. Casinos Near Minneapolis | The DrmD
    Minnesota Casinos · Casinos Near Minneapolis · D.A.R.D. Hotel & Casino · E.M. Hotel 남양주 출장마사지 & 파주 출장안마 Casino · Renton's Hotel & Casino · 성남 출장안마 Zulu Hotel and Casino · Cuningham's 고양 출장마사지 Casino · 순천 출장마사지 Hollywood

    ReplyDelete